Klipsch T5 II True Wireless Sport McLaren - McLaren yang boleh disimpan dalam poket

oleh Mohamad Hanif|
Pakar audio, Klipsch telah bekerjasama dengan pasukan McLaren Formula 1 untuk melancarkan sebuah produk fon telinga nirwayar yang diberikan nama Klipsch T5 II True Wireless Sport McLaren.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Fon telinga itu menampilkan pemacu gegelung bergerak dinamik berukuran 5 mm, selain menyokong sambungan Bluetooth 5.0 serta codec AAC dan aptX.

Dengan bateri berkapasiti 50 mAh, fon telinga McLaren ini mampu bertahan selama lapan jam sekali penggunaan.

 


Bekas yang kelihatan diperbuat daripada gentian karbon itu turut didatangkan dengan bateri berkapasiti 360 mAh yang menambah masa penggunaan sehingga 24 jam, selain boleh dicas kembai menerusi kabel USB-C atau pengecas nirwayar Qi.

Fon telinga ini juga tahan lasak dan mampu bertahan di dalam air sehingga 1 meter selama 30 minit, selain bekas yang menyediakan saluran pembuangan air bagi memastikan fon telinga ini kekal kering ketika disimpan.

 


Dari segi luaran, ia menampilkan kemasan gentian karbon dengan jalur Papaya Orange - warna rasmi McLaren - dan warna itu turut digunakan pada tip telinga juga.

Ia boleh didapati menerusi pra-tempahan dengan harga bermula dari $249 (RM1,063) di pasaran US.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…