Knaus Tabbert AG pengeluar RV pertama dapat sijil VTA untuk caravan di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Industri kenderaan riadah (RV) di Malaysia kini mencapai satu lagi kejayaan dengan penganugerahan Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) pertama kepada Knaus Tabbert AG, pengeluar RV terkemuka di Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penyerahan sijil VTA kepada Ketua Pegawai Eksekutif Knaus Tabbert AG, Wolfgang Speck itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dato’ Zainali Haji Hashim, disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, YBhg. Dato’ Sri Norazman bin Ayob dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC), YBhg. Dato’ Baidzawi Che Mat.

Penganugerahan VTA ini membolehkan Knaus Tabbert menjual dan mengedarkan produk karavan secara rasmi di Malaysia, serta memudahkan keperluan proses pembiayaan serta insurans.
 

knaus tabbert


Dalam ucapan, Dato’ Zailani Haji Hashim berkata, “sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas mewujudkan dan mengawal selia pendaftaran dan pelesenan kenderaan bermotor, JPJ komited untuk membantu ECERDC dan pelabur automotif dalam tadbir urus dan pentadbiran RV industri secara sistematik, boleh dipercayai dan inovatif.”

“Penganugerahan kelulusan VTA untuk RV kepada Knaus Tabbert AG menandakan satu pencapaian baharu buat ECERDC, memandangkan ia mampu menarik lebih banyak pelaburan ke dalam sektor ini dan sekaligus memacu industri RV di Malaysia. Ini akhirnya akan membawa masuk rantaian bekalan untuk produksi RV pada masa hadapan dan mencipta peluang pekerjaan dan keusahawanan untuk penduduk tempatan terutama di wilayah ECER,” ujar YBhg. Dato’ Baidzawi Che Mat.
 

Knaus Tabbert


CEO Knaus Tabbert AG, Wolfgang Speck melahirkan rasa optimis terhadap pertumbuhan industri RV di Malaysia, dan berharap agar dapat bekerjasama dengan ECERDC dalam membangunkan fasiliti pengeluaran RV di wilayah ECER.

“Permintaan terhadap industri kenderaan rekreasi telah menunjukkan peningkatan signifikan di peringkat global, dan pasaran ini diunjurkan berkembang menjadi industri berpotensi berbilion dollar di Malaysia untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Malaysia juga berpotensi untuk menjadi hab caravan untuk rantau Asia Pasifik. Kami turut berharap dapat bekerjasama dengan syarikat Malaysia untuk peluang pengedaran dan membuka lebih banyak tapak caravan di dalam negara untuk menggalakkan gaya hidup serba baharu ini dan memanfaatkan sepenuhnya lanskap indah negara ini,” ujarnya lagi.
 

Knaus Tabbert


ECERDC telah menerajui pembangunan industri RV sejak tahun 2021 lagi.

Pada bulan Februari, pihak ECERDC telah menerima lawatan delegasi daripada Caravaning Verband e.V (CIVD) yang mewakili pemain industri RV dari Jerman untuk meneroka pelaburan serta mengenal pasti lokasi yang berpotensi dalam membangunkan taman RV di ECER.

Ia disusuli dengan majlis tandatangan Memorandum Persefahaman dengan CIVD pada bulan Jun bagi merasmikan kerjasama antara kedua-dua belah pihak.

Pada bulan Ogos, ECERDC juga menandatangani Memorandum Kerjasama dengan Knaus Campingparks untuk membangunkan tapak RV sekaligus memperkenalkan pengalaman gaya hidup baharu kepada rakyat Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…
Gaya Hidup
Jam tangan terbaharu ini menampilkan binaan casis CARBONOXTM 45 mm yang direka untuk tahan di bawah…
Gaya Hidup
Pengenalan React Swiss Eyewear merupakan komitmen Cyclelogy untuk menawarkan produk peringkat…