Dalam kenyataan pada Rabu, JH Rozman berkata perkara itu tidak selaras dengan garis panduan rasmi Perodua.
Syarikat itu justeru sedang melakukan siasatan rasmi diikuti dengan “langkah pembetulan” bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berlaku lagi, katanya.
Perodua Sales juga berkata notis berkenaan sudah ditarik balik.
Katanya, pusat servis itu akan terus memberikan perkhidmatan seperti biasa tanpa mengambil kira pakaian pelanggan mereka.
Berkaitan notis itu, dia menjelaskan ia hanya berbentuk galakan dan tidak diwajibkan.