Koenigsegg CC850 2023 - hypercar moden 1,385 hp dengan transmisi manual!

oleh Mohamad Hanif|
Selepas 20 tahun Koenigsegg melancarkan model CC8 ke jalanan, syarikat pengeluar Sweden itu kini tampil dengan sebuah model 'kembar' dengan rupa paras yang hampir sama, dinamakan sebagai Koenigsegg CC850.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dilancarkan bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-50 pengasasnya, Christian von Koenigsegg, dan hanya 50 unit sahaja model CC850 yang akan diproduksikan.

Dari segi kuasa, ia menampilkan enjin 5.0 liter bentangan V8 turbo berkembar yang diperoleh daripada model Jesko, dengan keupayaan angka kuasa kuda 1,385 hp apabila bahan api E85 digunakan.

Jika pemilik kekurangan bajet, bahan api standard boleh digunakan, cuma angka kuasa kuda itu menurun kepada hanya 1,185 hp sahaja, dengan daya kilas 1,022 Nm.
 

CC850


Tidak banyak info berkenaan casis yang digunakan, namun CC850 ini memiliki berat sekitar 1,385 kg.

Apa yang menariknya, hypercar CC850 ini menggunakan pendekatan yang tidak konvensional dari segi penggunaan kotak gear, digelar sebagai Engage Shift System.

Menurut Koenigsegg, model CC850 ini menggunakan kotak gear Light Speed Transmission sembilan nisbah kelajuan yang sama seperti model Jesko. Namun jika anda melihat pada ruang kabin, anda akan mendapati ia hadir dengan transmisi manual, lengkap dengan pedal klac!
 

CC850


Ia bukanlah sistem kotak gear mekanikal yang biasa terdapat pada Civic Type R atau GR Yaris.

Sebaliknya, sistem ESS ini dilengkapi dengan operasi klac pedal dengan enam posisi gear - sama macam kereta manual - akan tetapi operasi penukaran gear tidak dilakukan secara mekanikal, sebaliknya menggunakan sistem elektronik shift-by-wire sepenuhnya.

Ini membolehkan sistem ESS menetapkan nisbah gear bergantung kepada mod pemanduan yang dipilih, dan jika anda mengoperasikan klac macam baru mula-mula belajar bawa kereta, enjin boleh mati secara tiba-tiba - sama macam kereta kancil yang anda gunakan masa ambil lesen!
 

CC850


Sementara di bahagian paling kanan gated shifter itu terdapat dua posisi iaitu R merujuk kepada gear undur, dan D yang membolehkan anda merehatkan kaki kiri dan memandu hypercar ini di dalam mod pemanduan automatik.

Jadi, dengan adanya sistem ini, anda boleh memilih untuk memandu menggunakan transmisi manual, atau guna sahaja mod pemanduan D seperti biasa.

Setakat ini, Koenigsegg masih belum mendedahkan info berhubung prestasi hypercar edisi terhad ini, dan harga jualan hanya akan diumumkan kelak.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Disebabkan sambutan yang cukup memberangsangkan, pengasasnya Christian von Koenigsegg merancang…