Koenigsegg umum bina fasiliti baharu, tawar 250 peluang pekerjaan

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar hypercar Sweden, Koenigsegg baru-baru ini mengumumkan pelan untuk membina kilang pemasangan baharu yang terletak di Angelholm.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Perancangan ini bakal menambah ruang sebesar sehingga 30,000 meter persegi untuk pemasangan model-model seperti Gemera, selain menghubungkan bangunan baru ini dengan fasiliti Koenigsegg sedia ada.

Rekaan kilang baharu Koenigsegg ini diinspirasikan daripada rekaan kilang-kilang lama Sweden yang membenarkan pencahayaan semula jadi, serta penggunaan panel solar yang menyeluruh.
 

Koenigsegg


Bukan itu sahaja, Koenigsegg juga merancang untuk menyediakan ruang khas untuk para pekerjanya seperti tempat mesyuarat dan ruang makan luar.

Tidak ketinggalan, sebuah litar ujian yang akan dibangunkan khusus untuk melakukan ujian pra-penghantaran dan ujian model-model prototaip, lengkap dengan selekoh-selekoh teknikal bagi memudahkan pembangunan model secara dalaman oleh Koenigsegg.
 

Koenigsegg


Koenigsegg juga bakal menyediakan ruang khas untuk pelanggan yang ultra-moden, serta pusat pengalaman berkeluasan 800 meter persegi yang akan menempatkan barisan jentera-jentera Koenigsegg yang mampu menceritakan sejarah penubuhan pengeluar itu.

Untuk menampung pelan terbaharu itu, Koenigsegg bakal membuka peluang pekerjaan kepada 100 orang jurutera dan 150 orang staff produksi dengan sasaran jumlah pekerja keseluruhan sebanyak 800 orang menjelang tahun 2023.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, hanya 40 hingga 50 unit sahaja yang diproduksikan setiap tahun, di mana unit pertama…
Berita Global
Namun, para pembeli yang berminat untuk mendapatkan hypercar Gemera ini boleh memilih opsyen enjin…
Informasi
Disebabkan itu, tidak menghairankan apabila kereta-kereta Koenigsegg ini jarang sekali dilihat atas…