Menurut siaran media Evonik, penggunaan bahan silika di dalam tayar mampu meningkatkan penjimatan bahan api sebanyak lapan peratus berbanding penggunaan tayar biasa dan permintaan untuk bahan mentah mapan semakin meningkat.
Kerjasama ini melihat Kumpulan Pörner mencipta proses penghasilan RHA menggunakan tenaga hijau biomass. Dengan cara itu, Evonik mampu mengurangkan kadar CO2 sehingga 30 peratus lebih rendah.
Phichit Bio Power pula akan menggunakan teknologi dari Pörner di kilang padi sedia ada dan melabur untuk pembinaan kilang sodium silikat RHA baharu di Thailand.
Thailand mengaut keuntungan besar dari peluang kerjasama ini kerana hampir semua jenama tayar global mempunyai kilang dan pusat R&D di sana dan Thailand juga adalah negara pengeksport beras ketiga terbesar dunia selepas India dan Vietnam.