Kolaborasi latihan di antara Kawasaki dan Giatmara

oleh SALINA JALIL|

Majlis pertukaran Memorandum Perjanjian Persefahaman  diantara  Giatmara Sdn Bhd (Giatmara) dan Kawasaki Motors  (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) telah berlangsung pada hari ini. 

Usahasama ini adalah bertujuan meningkatkan kemahiran industri motosikal berkuasa tinggi di Malaysia.  Dengan platform Giatmara sebagai institusi latihan kemahiran teknikal dan vokasional, ia adalah persediaan untuk tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal. Pemilihan KMSB adalah berdasarkan pengalaman dan kepakaran dalam bidang motosikal berkuasa tinggi yang dapat melengkapkan dan merelisasikan objektif tersebut.

speech from kawasaki ceo

Di majlis ini juga, Dato' Sri Ismail Sabri, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, telah merasmikan bengkel yang telah dinaiktaraf untuk kegunaan para pelatih Giatmara untuk mendapatkan latihan kemahiran selama empat bulan di Giatmara Batu.  Seterusnya, para pelatih tersebut akan menjalani latihan selama tiga bulan di pusat servis KMSB. Peluang pekerjaan akan diberikan kepada para pelatih atau rangkaian pengedar sah sekiranya terpilih.

Latihan dan pendedahan industri akan diberikan kepada para pelatih ini bagi memberikan suasana sebenar bagaimana pusat servis beroperasi serta SOP yang perlu dipatuhi.

KMSB juga menyumbang input dalam program usahasama ini untuk membantu Giatmara meningkatkan imej industri serta melahirkan tenaga mahir dalam sektor permotoran.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Kawasaki; www.kawasaki.com.my 

kawasaki group pic

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Oleh sebab itu di Jepun, syarikat pengeluar motosikal Kawasaki (ya, Kawasaki!) telah memperkenalkan…
Berita Domestik
Majlis pelancaran pusat 4S baharu itu telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kawasaki Shah…
Pelancaran Motosikal
Ia dikuasakan oleh enjin parallel-twin 649 cc sejukan cecair yang mampu menjana kuasa 60 hp dan…