Koleksi Batmobile untuk direbut di stesen minyak Caltex, RM19.90 setiap satu

oleh Mohamad Hanif|
Chevron Malaysia Limited selaku pemegang hak jenama Caltex di Malaysia mengumumkan Batman Collection yang boleh didapati di semua stesen minyak Caltex di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat sehingga empat Batmobile yang boleh dikumpulkan, di mana setiap satu dijual berasingan dengan harga RM19.90.

Anda hanya perlu mendaftarkan diri untuk kad program kesetiaan Caltex,  JOURNEY™ secara percuma dan membuat pengisian bahan api minimum RM30 secara tunai, kad kredit/debit, StarCash, StarCard atau Shopee Pay.

Bagi mereka yang menggunakan aplikasi CaltexGO dan memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan boleh mendapatkan harga diskaun RM17 untuk setiap model Batmobile.
 

batman


Selain itu, terdapat juga penawaran eksklusif Collector's Kit bernilai RM49.90 untuk meletakkan keempat-empat Batmobile itu tadi.

Selain daripada pembelian di stesen minyak, pengguna juga boleh memasuki laman web Shopee di mana mereka akan dikehendaki untuk membeli produk pelincir terpilih untuk layak membeli model Batmobile

Para pengguna kad keahlian JOURNEY™ juga boleh menebus salah satu daripada model Batmobile itu dengan 1,800 BPoints, atau kombinasi 500 BPoints dan tunai RM13.

Para pengguna aplikasi Air Asia Big Loyalty pula boleh menebus mata ganjaran BIG untuk StarCash bernilai RM50 pada aplikasi yang boleh digunakan untuk membeli koleksi Batmobile di stesen minyak Caltex.
 

batman


Caltex juga turut menganjurkan peraduan Tag & Win di mana para peserta perlu mengambil swafoto bersama standee Batman di stesen minyak Caltex, dan memuatnaik gambar tersebut di Instagram Caltex Malaysia beserta kapsyen: “Saya suka Batman Collection kerana…” diikuti dengan tanda pagar #CaltexMY #CaltexCubaTry #CaltexBatmanCollection

Para pemenang akan diumumkan pada 30 November 2021 dan 31 Disember 2021.

Selain itu, setiap transaksi ShopeePay bernilai RM30 di stesen minyak Caltex boleh dikira sebagai satu penyertaan untuk memenangi Collector's Kit, di mana pemenang akan diumumkan pada hari yang sama.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.caltex.com/my/.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tempahan rasmi sudah pun dibuka hari ini (24 Februari).   The Original Batmobile ini merupakan…
Berita Global
Menurut Department of Justice, individu bernama Ryan Sheridan yang memiliki Braking Point Recovery…
Berita Global
Menerusi laman web Toy Barn, sebuah replika Batmobile yang dibina berdasarkan filem Batman tahun…