Uniknya, setiap satu jam tangan itu telah dihasilkan mengikut tekstur batu mineral yang berbeza (batu matahari, batu kalsit, dan batu cordierite).
Anda boleh melihat sendiri struktur bezel keluli setiap jam yang telah dibentuk dan ditempa untuk menghasilkan semula rasa permukaan batu yang kasar.
Enam model jam tangan di bawah siri Six Adventurer's Stone adalah seperti berikut:
GM-5640GEM - menggunakan model asal G-SHOCK GM-5600, jam ini diinspirasikan daripada batu matahari (sunstone) - mineral yang dikaitkan dengan "membawa kemenangan".
Keseluruhan bezel dikemaskan dengan penyaduran ion berwarna pelangi yang mampu berubah warna bergantung kepada sudut pandangan.
GM-2140GEM - membawakan rekaan GM-2100 yang popular dan ringkas, dan mengambil inspirasi daripada batu cordierite - mineral yang dikaitkan dengan "menunjukkan jalan".
Warna biru cordierite ini dihasilkan semula dengan bezel logam bersalut ion biru, sementara tali jam pula menggunakan teknik acuan Garal yang mencampurkan dua jenis damar yang berbeza.
GM-S2140GEM - menggunakan asas daripada GM-S2100, jam tangan keenam ini membawakan rekaan yang diinspirasikan daripada batu kalsit kuning keemasan.
Struktur bezel itu dikemaskan dengan proses penyaduran ion emas, diikuti dengan teknik pemendapan wap pada permukaan dial dan penanda jam.
Setakat ini pihak Casio Malaysia masih belum mengumumkan harga bagi enam utas jam tangan di bawah koleksi Adventurer's Stone ini.