Koleksi jam tangan G-SHOCK Clear Remix kini di Malaysia, harga dari RM755-RM1,145

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dua bulan diperkenalkan di peringkat global, jam tangan G-SHOCK edisi lutsinar Clear Remix kini sudah boleh didapati di pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, terdapat tujuh jam tangan ikonik yang ditawarkan di dalam siri G-SHOCK Clear Remix, iaitu DW-5000, DW-5600, DW-6900, GA-110, GMA-S110, GA-2140RX dan GMA-S2140RX.
 

Clear Remix


Bergantung kepada model, koleksi Clear Remix menampilkan ciri binaan badan lutsinar termasuklah pada bahagian LCD, badan jam, serta tali jam kecuali model DWE-5640RX yang membawakan kombinasi tali jam hibrid resin/urethane dan logam tahan karat.

Kesemua jam tangan G-SHOCK Clear Remix ini sudah boleh dibeli pada harga bermula dari RM755 hingga RM1,145 menerusi Casio Malaysia E-Commerce Website, kedai G-SHOCK serta G-Factory yang sah di seluruh Malaysia.

Baca: Casio lancar jam tangan G-SHOCK Clear Remix

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…