Koleksi pakaian bertemakan F1 Honda Vintage Culture dilancarkan

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin sebagai satu cara untuk meraikan penamatan penglibatan Honda di dalam sukan F1, Honda Vintage Culture telah melancarkan koleksi pakaian edisi terhad yang dilesenkan secara rasmi bagi meraikan kemunculan pasukan itu ke dalam F1 pada tahun 1983.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Koleksi yang terdiri daripada baju T-shirt, polo, hoodie dan pelekat logo Honda F1 Racing Team ini diinspirasikan daripada tema pasukan F1 dari musim 1983, dan membawakan persamaan dengan bendera Belanda yang merujuk kepada pelumba Red Bull Max Verstappen.
 

Vintage


Kesemua koleksi ini direka oleh pereka Patrick Calello dilesenkan secara rasmi oleh American Honda Motor Co., Inc dan boleh didapati menerusi laman web Honda Vintage Culture.

Honda mula menceburkan diri dalam sukan F1 antara tahun 1964 hingga 1968, dan berjaya mencapai kemenangan pertama pada tahun 1965.
 

Honda


15 tahun kemudian, Honda membuat kemunculan semula pada tahun 1983, dan seterusnya menjadi pasukan F1 yang paling berjaya memenangi kejuaraan pengeluar setiap tahun antara 1986 hingga 1991.

Sumber: Honda Vintage Culture