Kombinasi Jentera Antik dan Fesyen Di Sadao Vintage, Thailand

oleh Arahman Crew|
Bagaikan berada di zaman silam. Itulah ungkapan yang boleh digambarkan ketika kami berada di event Sadao Vintage ke-7 yang berlangsung di Kamjanavanit Road dan hanya 15kilometer dari pintu sempadan Bukit Kayu Hitam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan adunan pelbagai jenis elemen seperti jentera, musik, budaya, fesyen, bundle, bmx  serta makanan, maka tidak hairanlah ia sebuah event yang patut kita lawati di dalam kalendar tahunan bagi peminat budaya seperti ini.

Ketika kami sampai (sekitar jam 4 petang), kami terkejut dengan suasana event yang sangat santai ditepi sungai dan beberapa buah kereta dan motosikal klasik mula disusun dan beberapa peniaga mula menghiasi kedai masing-masing dengan tema tersendiri.

Sekitar jam 5 petang, kami dijemput oleh Usman Mang, yang merupakan Salah seorang dari pihak penganjur yang fasih berbahasa melayu untuk bersama-sama dengan rombongan kereta dan motosikal klasik berkonvoi menyusuri kampung dan menuju ke Empangan Sadao sejauh 10 kilometer.  Rasa sangat bertuah kami dilayan begitu baik sekali dengan diberi peluang menaiki pickup polis Thailand sebagai pengiring konvoi terbabit.

Setelah berkonvoi sejauh 10 kilometer, semua jentera disusun dan mengambil masa lebih kurang 30 minit dan hanya aktiviti bergambar sahaja ketika berada di Empangan Sadao tersebut, tetapi bagi kami ia satu pengalaman yang bermakna sekali.

Sekembalinya kami di tempat event lebih kurang jam 7 malam, suasana menjadi semakin meriah dan dengan kedatangan ratusan kenderaan klasik pelbagai model mula membanjiri segenap sudut tapak event tersebut, malah kami juga sempat berjumpa dengan beberapa peserta yang datang dari Malaysia.

“Kami menyasarkan jualan tiket  sebanyak 3,000 keping pada malam ini”- kata Sremvit Musemsadao, selaku penganjur Sadao Vintage ini.

Dengan kedatangan pengunjung dengan ciri pemakaian dari pelbagai scene dan berkelah serta dudk bersila di lantai telah menghidupkan lagi suasana event ini bagaikan sebuah event berkonsepkan ala-ala Woodstock mini di sini.

Team Careta bersama Persatuan Vespa Lambretta Negeri Kedah dan Penganjur Gheyuh-Ghendah Festival telah diberi penghormatan untuk naik kepentas dan kami turut ditemubual oleh pengacara berkenaan event ini. Dan dari situ kami dapat tahu tiada media dari Malaysia pernah datang ke event mereka sehingga yang ke-7 ini.
 

Di akhir program, semua pengunjung disajikan dengan persembahan muzik dari band-band tempatan.

 

Jumpa lagi di tahun hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Pelancaran Motosikal
Projek kolaborasi eksklusif Vespa kali ini adalah sempena menyambut ulang tahun Disney yang ke-100…
Model Terbaharu
Pengenalan edisi khas khas Vespa 946 10° Anniversario itu bersempena dengan sambutan tahun baru…