Komoco Cars bakal jadi pengedar rasmi baharu Ferrari di Malaysia?

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sejak berita mengenai Naza Italia tidak lagi menjadi pengedar rasmi bagi jenama eksklusif Ferrari, tentu sekali timbul persoalan mengenai siapa yang akan menggantikan peranan Naza Italia.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa sebuah syarikat milik jutawan kelahiran Ipoh, Ong Beng Seng, iaitu Komoco Cars bakal mengambil alih peranan sebagai pengedar jenama Ferrari di Malaysia.

 

2

 

Menurut laporan dari DSF, pihak Komoco Cars dan Ferrari telah menandatangani dokumen berkaitan beberapa minggu lepas, dimana bilik pameran baharu Ferrari akan terletak di Glenmarie.

Pengumuman rasmi juga dijangka akan dibuat dalam masa terdekat, setakat ini juga pihak Ferrari tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mengesahkan atau menafikan perkara tersebut.

 

3

 

Menurut laporan dari New Straits Times pula, Ong dan Sime Darby Motors bersaing bagi menjadi pengedar baharu Ferrari setelah jenama asal Itali itu menamatkan perkongsiannya bersama Naza Italia.

Bagaimanapun, Naza Italia masih lagi menjual Maserati di Malaysia, di mana Maserati berada di bawah Stellantis Group dan tidak lagi mempunyai kaitan dengan Ferrari semenjak tahun 2021.