Komponen roket China Long March 5B dijangka menjunam ke bumi awal minggu depan

oleh SALINA JALIL|
Komponen sebuah roket milik China Long March 5B sedang menjunam ke bumi dan dikhuatiri gagal terbakar sepenuhnya di atmosfera dengan serpihannya jatuh pada kelajuan tinggi di lokasi yang tidak pasti, lapor portal berita MailOnline semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pakar-pakar berkata, kebimbangan tersebut adalah berpunca daripada roket Long March 5B yang dilancarkan pada Ahad lalu.

 

Meskipun kebarangkalian komponen roket itu mengenai kawasan berpenduduk dilaporkan sangat  tipis, sebilangan pakar berpendapat bahawa China mengambil risiko yang tidak perlu.

 

Roket terbaharu itu dilancarkan dari tapak pelancaran Wenchang, wilayah Hainan.

 

Ia membawa sebuah makmal baharu berkuasa solar  dinamakan  modul eksperimen Wentian yang akan ditempatkan di Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik Beijing.

 

Namun, pakar-pakar bimbang sekiranya beberapa bahagian teras roket tersebut jatuh ke bumi dan dijangka akan berlaku pada awal minggu depan. Ia akan mengulangi insiden pada bulan Mei tahun lalu yang menyaksikan serpihan roket, juga dari China, jatuh di Lautan Hindi.

 

Pakar-pakar  berkata, laluan roket tersebut sukar diramal berikutan turun naik dalam tekanan atmosfera yang disebabkan oleh perubahan aktiviti solar.

 

 

– Agensi 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Pereka Bentuk Roket Pembawa Long March 2F Korporat Sains dan Teknologi Angkasa Lepas…
Berita Global
  Roket suborbital Vikram-S itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan Pertubuhan…
Berita Global
Sisa-sisa komponen itu mula memasuki ruang udara bumi pada jam 10.42 pagi waktu Beijing dan…