Komuniti BMW M Malaysia raih enam anugerah Malaysia Book of Records!

oleh Penyumbang Rencana 2|
Pada 3 November 2022 bertempat di Kuala Lumpur, BMW Malaysia meraikan pencapaian cemerlang enam pemilik BMW Malaysia, dimana masing-masing menerima gelaran yang dianugerahkan oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) pada hari litar M4NTAP baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara komuniti BMW M ini dianjurkan oleh kelab tempatan M4NTAP , disertai lebih 50 buah BMW yang sebahagian besarnya dari model M. Acara komuniti ini juga disertai kira-kira 700 orang awam untuk bersama-sama meraikan acara itu.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, “ Kami sentiasa bangga dengan banyak pencapaian luar biasa yang diperoleh oleh komuniti tempatan yang terdiri daripada pemilik dan peminat atas dasar cinta terhadap jenama, terutamanya BMW M. Ini adalah komuniti yang kami teruja untuk banggakan, sokong dan terus berkhidmat untuk memberi keterujaan dengan setiap kereta baru yang kami perkenalkan. Untuk menerima anugerah gelaran daripada MBOR bukanlah sesuatu yang mudah, dan bagi mereka berenam untuk menyapu bersih semua gelaran membuktikan semangat paling berkuasa di dunia! “. 

Enam sijil MBOR yang dianugerahkan di M4NTAP Track Day adalah seperti berikut: 

  • 1M/M2 Terpantas - Jay Choong (F87 BMW M2), catatan masa 2:22.154s. 
  • M3 Berpacuan Natural Terpantas - Adi Fansuri (E92 BMW M3), catatan masa 2:26:743s. 
  • M3/M4 Berpengecas Turbo Terpantas - Hisham Jaafar (F82 BMW M4), catatan masa 2:20.549s – juga BMW terpantas di Litar Sepang. 
  • M5/M6 Berpacuan Natural Terpantas - Aaron Kow (E60 BMW M5), catatan masa 2:33.007s, 
  • M5/M6/M8 Terpantas - Mohamad Heikel (F90 BMW M5), catatan masa 2:37.674s.
  • Jentera BMW Bukan Jenis M Terpantas - Aidil Adnan (F30 BMW 330i), catatan masa 2:31.674s. 

Penulis: Ahmad Danial Yasin