Komuniti Ducati All Monsters dan Jawi santuni penghuni Rumah Kenangan

oleh Hamimah Hamid|
GOLONGAN emas tidak pernah dilupakan.

Mengambil pendekatan itu komuniti pemilik motosikal Ducati All Monsters (Damers) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengunjungi Rumah Kenangan Ulu Kinta Di Tanjung Rambutan, Ipoh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program Bakti Budi Abadi itu di sertai 40 penunggang Damers dan kakitangan Jawi.

Menurut Presiden Damers, Syahrizal Nurlis, program tersebut bertujuan memberi kesedaran menyantuni golongan tua.

Katanya, menyedari penghuni rumah kebajikan terpinggir daripada masyarakat luar, mereka sepakat untuk menghiburkan penghuni di situ dengan menyediakan aktiviti bersama.

Beri sumbangan

“ni adalah program kedua Damers selepas program pertama di rumah anak yatim di Kuantan baru-baru ini. Kali ini kami ambil pendelatan untuk mendekat golongan tua pula bagi menghiburkan mereka.

“Kita bawa sumbangan makanan ringan seperti biskut dan coklat dan namkpak mereka sangat gembira menerimanya. Kebanyakan penunggang rasa sebak rasa sedih bercampur baur tapi bila kita tengok penghuni di sini nampak gembira jadi ia sangat bermakna,” katannya.

Syahrizal berkata selain menyediakan juadah kari kambing istimewa untuk penghuni mereka turut mengadakan pertandingan masak cucur disertai warga emas dan penunggang Damers.

Katanya, program santai di rumah kebajikan berkenaan membantu menceriakan warga emas terbabit.

Sementara itu penolong Pengarah Kanan Jawi, Nor Fadhilah Zakaria berkata, program tersebut menjadi satu lagi inisiatif Jawi selain program rutin membantu asnaf.

Katanya, bagi menyantuni golongan tua di rumah jagaan terbabit Jawi Food Bank menyediakan barangan keperluan asas seperti beras, kain batik dan pelikat serta set telekung.