Koncepto Millenya - dron kereta daripada Filipina

oleh Mohamad Hanif|
Jika tempoh hari, kita sudah pun melihat Hoversurf, sebuah kenderaan hibrid dron motosikal yang membolehkan penunggang terbang dalam masa 25 minit, kali ini seorang pereka dari Filipina, Kyxz Mendiola telah menghasilkan sebuah dron kereta!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dinamakan sebagai Koncepto Millenya, ia secara ringkasnya merupakan dron bersaiz penuh yang mampu memuatkan seorang manusia dan membolehkan ia bergerak ke mana sahaja, terima kasih kepada konfigurasi enam belas buah rotor!

Pada asalnya, beliau sekadar suka untuk membina dron kustom sebagai hobi masa lapang dan merakam video, namun, pada suatu hari, terlintas di dalam fikirannya:

"Bagaimana sekiranya aku membina dron yang lebih besar, dan aku boleh terbang?"

Maka terhasillah Koncepto Millenya. 
 

 
Dron ini telah dibangunkan sejak enam tahun yang lalu dan ia terdiri daripada 16 buah motor, 16 propeller, dan 16 komputer dan mengikut perkiraan awal, ia mampu terbang setinggi 6 meter dengan masa terbang selama 10-15 minit untuk sekali cas. 

Bagi mengurangkan berat badan, Kyxz menggunakan bahan binaan daripada gentian karbon. 

Ciptaan Kyxz ini telah menarik perhatian sebuah syarikat EV Australia, Star 8 yang berminat untuk menghasilkan kenderaan yang serupa secara komersil.  

Menurut Presiden Star 8, Jacob Maimon berkata, mereka kini sedang merancang untuk membina sebuah kenderaan udara Future 8 (berkonsepkan seperti Koncepta Millenya) yang mampu memuatkan dua orang penumpang dengan berat sekitar 200 kg sahaja. 
 


 

Mungkin tidak lama lagi, dron kereta dengan empat tempat duduk juga bakal menjadi realiti. 

Tags

Berita Berkenaan

Informasi
"Justeru, saya lihat ada keperluan untuk MCMC mengadakan perbincangan dan mungkin meneliti beberapa…
Berita Domestik
  Beliau berkata setakat ini pesakit menggunakan aplikasi dalaman hospital itu untuk memesan ubat-…
Berita Domestik
  Beliau berkata, dron sasaran itu boleh digunakan ketika proses latihan ujian tembakan yang…