Konfederasi Hoki Malaysia terima 3 buah Peugeot 5008 tajaan Bermaz Auto

oleh SALINA JALIL|
gambar dari MHC
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mendapat durian runtuh apabila menjalinkan kerjasama dengan Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd sebagai rakan automatif rasmi badan berkenaan.


Menurut Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal, pihaknya berbesar hati untuk menerima tiga buah kereta model Peugeot 5008 bagi kegunaan rasmi jurulatih skuad hoki kebangsaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Sebenarnya kita sangat terharu untuk memeteraikan kerjasama dengan Bermaz Auto. Saya cakap terus terang, ini (kerjasama) adalah kerana Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) yang juga Presiden Kehormat MHC.

 

"Baginda dan Datuk Ben Yeoh (Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto) sudah lama kenal, jadi apabila kita lihat satu peluang jika Peugeot atau Bermaz dapat membantu. Datuk Ben dengan besar hati tampil dan sedia untuk bantu kami," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan kereta di Shah Alam hari ini.

Subahan juga berharap lebih ramai badan korporat tampil dan membantu mana-mana persatuan sukan dalam negara bagi memastikan sektor sukan Malaysia terus berkembang pesat.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
  "Pusingan itu akan bermula hujung tahun ini, Razlan sentiasa berdedikasi daripada permulaan…
Informasi
  "Pembiayaan tambang feri kepada penumpang pejalan kaki ini melibatkan peruntukan RM78,000…
Sukan Bermotor
Memetik laporan Autosports, Ford dikatakan berminat untuk menaja pasukan Red Bull F1 setelah…