Konflik Russia-Ukraine, pengeluar henti sementara produksi kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
Susulan serangan Russia ke atas Ukraine, beberapa pengeluar automotif mengumumkan perancangan untuk menghentikan sementara pengeluaran, atau memindahkannya ke lokasi lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu daripadanya merupakan Avtovaz, pengeluar automotif Russia terbesar yang turut memasang kenderaan-kenderaan Lada.

Syarikat itu mengumumkan mereka mungkin akan menghentikan sementara barisan produksi pada Isnin ini.

Sementara itu, Renault yang turut memegang 67.61 peratus saham di dalam Lada Auto Holding turut sama mengumumkan penangguhan operasi pemasangan kenderaan di negara itu disebabkan oleh masalah logistik.

Namun begitu, kedua-dua syarikat tidak menyebut serangan Russia sebagai punca operasi pemasangan dihentikan buat sementara waktu.

Volkswagen juga akan turut menghentikan produksi buat sementara waktu di dua kilang disebabkan kesukaran untuk mendapatkan komponen yang dihasilkan di Ukraine.

Sumber: Auto News, Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Menerusi simulasi di pangkalan pesawat pejuang itu, kru penerbangan bersiap sedia dan bergegas…
Berita Global
  Kementerian Pertahanan Taiwan, dalam satu kenyataan, berkata tenteranya menghantar pesawat…