Konsep Honda NSX imbas kembali kegemilangan rekaan generasi pertama NSX

oleh Mohamad Hanif|
Dalam membangunkan sesebuah generasi baharu kereta sports/supercar, reka bentuk akhir merupakan antara yang menjadi pendebatan para peminat dan pencinta keaslian rekaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apatah lagi apabila generasi yang bakal digantikan itu mempunyai reputasi yang sangat baik di kalangan para peminat sehingga mereka merasakan ia tidak memerlukan sebarang model pengganti. 

Lihat sahaja kepada nasib yang diterima oleh Toyota GR Supra apabila ia ditakdirkan berkongsi platform bersama BMW Z4. 

Atau Honda NSX generasi baharu yang tidak langsung menyerupai generasi terawal yang mula menjengah dunia pada awal tahun 1990-an. 

 


Bagaimana sekiranya Honda NSX baharu membawakan kembali elemen-elemen asal sebuah NSX?

Seorang pereka, Matteo Mariuzzo telah menerbitkan beberapa lakaran memperlihatkan bagaimana Honda NSX baharu bakal mengambil bentuk jika elemen-elemen klasik NSX diterapkan. 

Jika dilihat dengan lebih teliti, bentuk asal Honda NSX generasi pertama masih lagi dikekalkan, dengan reka letak kokpit diposisikan agak ke hadapan, meninggalkan ruang decklid belakang yang amat panjang. 

Lampu belakang NSX asal yang ikonik itu dijelmakan semula menggunakan lampu jenis LED dengan rekaan yang lebih moden. 
 


Dan jika anda perasan, reka bentuk lampu hadapan yang ringkas (bukan jenis retractable) juga turut dikekalkan dan diakhiri dengan front fascia yang lebih kemas dengan dua bukaan kemasukan udara disisi dan tanpa sebarang gril. 

Jadi, yang manakah lebih sesuai? Adakah rekaan Honda NSX generasi kedua lebih menarik, atau ia lebih dekat dihati apabila elemen asal NSX diterapkan dalam pembangunan NSX baharu? 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pelbagai teknologi dan ciri-ciri yang ditawarkan sehingga ia membuatkan suatu kenderaan itu…
Berita Domestik
  "Dalam reka bentuk, kita telah mengenal pasti beberapa lokasi (banjir) bukan sahaja di…
Berita Domestik
  Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp), Datuk Mohd. Zarif…