Konsep Hyundai Cradle membolehkan ia 'berjalan' di atas permukaan batu

oleh Mohamad Hanif|
Pada acara CES yang akan berlangsung tidak lama lagi, Hyundai bakal memperkenalkan sebuah konsep kereta kecemasan yang dikenali sebagai Cradle.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Cradle merupakan sebuah konsep yang disifatkan sebagai sebuah kereta 'berjalan' di mana rekaan tayar yang dipasang pada kaki robotik yang membolehkan kereta mampu bergerak dengan mudah di kawasan pergunungan yang berbatu dan sukar untuk diakses. 

Berdasarkan gambar acah yang diterbitkan oleh Hyundai, Cradle mempunyai rekaan kaki fleksibel yang mampu diubah daripada sebuah kereta biasa menjadi gergasi yang mampu 'berjalan'. 

Ia berpotensi untuk menjadi kenderaan penyelamat terutama di kawasan yang sukar untuk dimasuki oleh ambulans ataupun kawasan pergunungan di mana helikopter sukar untuk mendarat dengan mudah. 

Nantikan acara CES yang akan berlangsung pada 7 Januari ini untuk melihat dengan lebih terperinci bagaimana sebuah Hyundai Cradle beraksi. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebuah konsep di mana sebuah kenderaan yang dipasangkan kaki robot, dan mempunyai…