Sehinggalah pada tarikh 23 April 2020 dan ia dikesan oleh salah seorang daripada ahli forum Cybertruck Talk yang memaparkan rekaan projek yang telah pun dihentikan pembangunannya oleh pihak Yamaha sendiri sebelum ini.
Ini kerana Yamaha sendiri mengakui cabaran yang sengit dihadapi untuk terus kekal di dalam industri penghasilan kereta sports.
Berdasarkan rekaan kereta sports yang diterbitkan, pihak Cybertruck Talk membuat spekulasi bahawa ini berkemungkinan besar sebuah kereta sports elektrik berdasarkan ketiadaan outlet ekzos di bahagian belakang.
Kehadiran inlet yang terletak di bumbung dan bahagian sisi berkemungkinan besar merupakan bukaan udara bertujuan untuk sistem penyejukan trenkuasa.
Hal ini turut diperkuatkan dengan pengenalan motor elektrik Interior Permanent Magnet Synchronous Motor (IPMSM) oleh Yamaha dan prestasinya sedang diuji di sebalik kulit Alfa Romeo 4C beberapa bulan yang lalu.
Pihak Yamaha boleh menala kuasa output motor elektrik ini bergantung kepada penggunaan dan permintaan pelanggan, dengan julat 47 kuasa kuda sehingga 270 kuasa kuda.
Beberapa tahun lalu, Yamaha pernah mempamerkan sebuah konsep kereta sports yang digelar sebagai Yamaha Sports Ride, dengan memiliki berat sekitar 750 kilogram, dengan kuasa hadir daripada enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter yang berkuasa 80 kuasa kuda.
Pereka asal Yamaha Sports Ride ini, Gordon Murray turut disenaraikan sebagai salah seorang pereka yang bertanggungjawab terhadap rekaan kereta sports Yamaha ini.