Konstabel maut dilanggar pemandu Bezza mabuk

oleh Penyumbang Rencana|
foto dari Bernama
Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu pemandu mabuk di Jalan Temiang berhampiran Sekolah Kebangsaan Temiang, di Seremban awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata dalam kejadian jam 1.01 pagi itu, anggota berpangkat konstabel berusia 23 tahun yang bertugas di Balai Polis Jalan Campbell itu parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Kecemasan Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) kira-kira sejam kemudian.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

"Siasatan awal mendapati mangsa yang sedang bertugas itu menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Temiang sebelum dilanggar Perodua Bezza dipandu lelaki berusia 26 tahun dari arah bertentangan yang hilang kawalan lalu memasuki laluan mangsa.

"Pemandu kereta mengalami kecederaan ringan, pemeriksaan mendapati dia disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan sampel darah diambil untuk ujian di Jabatan Kimia," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Hatta berkata, lelaki itu direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Shahrizan Khairi di talian 019-8461792 atau hadir ke balai polis berdekatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, runtuhan pertama dilaporkan berlaku pada 8.15 pagi dan runtuhan kedua berlaku jam 8.50…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, hasil siasatan…
Informasi
"Urusan penyelesaian saman boleh dilaksanakan melalui platform MyBayar PDRM bagi pengguna berdaftar…