Konvoi 1,600 km kelab pemilik Dominar D400 masuk Malaysia Book of Records

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia Book of Records (MBOR) baru-baru ini mengiktiraf usaha konvoi 1,600 km dalam tempoh 24 jam yang dilakukan oleh kelab pemilik Modenas Dominar D400 (DC Projek) untuk kategori 'Jarak Paling Jauh Dilalui Konvoi Motosikal dalam Tempoh 24 Jam'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konvoi tersebut terdiri daripada 25 orang pemilik Modenas Dominar D400 dan tujuh Modenas Pulsar NS200 yang diketuai oleh Presiden DC Projek, Muhammad Adib bin Rapia'e.
 

D400


Perjalanan konvoi itu bermula pada 1 Oktober 2022 jam 9.40 lagi dan tamat pada 2 Oktober jam 9.15 pagi, dengan jumlah jarak tunggangan 1,642 km dalam tempoh masa 23 jam 25 minit.

Bermula dari Glenmarie, Shah Alam, konvoi tersebut menempuh jarak sejauh 399 km menghala ke kilang MODENAS di Gurun, Kedah, sebelum meneruskan perjalanan ke sempadan Malaysia Thailand di Bukit Kayu Hitam (jarak 87 km).
 

D400


Dari situ, konvoi meneruskan perjalanan sejauh 491 km menuju ke Sungai Besi dan terus ke Johor Bahru sebelum kembali semula ke Glenmarie, Shah Alam dengan jumlah jarak sejauh 659 km.

Dalam keadaan gelap serta menempuh cuaca hujan sepanjang jalan, konvoi itu hanya berhenti sebentar untuk rehat, mengisi petrol dan mengambil gambar resit pembelian petrol sebagai mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Malaysia Book of Records.
 

D400


“Dengan keadaan hujan sepenjang perjalanan dari Kedah ke Johor, dengan kelajuan 110km/j, ada kalanya kami berhadapan dengan situasi “hydroplaning” ketika menunggang. Dan apa yang kami boleh katakan, kami amat bersyukur dengan kestabilan dan prestasi Modenas Dominar D400 dan Modenas Pulsar NS200.  

"Terima kasih MODENAS, kerana kedua-dua model ini didatangkan dengan sistem ABS. Secara keseluruhannya, misi berjalan lancar dan penuh dengan kenangan manis yang tidak dapat kami lupakan. Secara tidak langsung, program ini telah mengeratkan lagi persahabatan diantara kami dalam mencipta rekod kebangsaan”, kata Muhammad Adib.
 

D400


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, "Ini merupakan kali kedua bagi MODENAS menganjurkan cabaran 1600km dalam tempoh 24jam dan melalui kerjasama ini, program telahpun berjaya mencatatkan rekod baharu di dalam MBOR bagi "Jarak Paling Jauh Dilalui Konvoi Motosikal Dalam Tempoh 24 Jam”. Tahniah kepada kesemua 32 peserta dalam menyempurnakan cabaran ini.

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, lebuh raya di negara ini yang luas dan lurus menyebabkan ada dalam kalangan rakyat…
Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Berita Domestik
"Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di…