Konvoi "5 Continents Drive" Toyota sempena Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020

oleh SALINA JALIL|
Konvoi pengembaraan kenderaan kini melalui Malaysia. Misi konvoi tersebut telah bermula pada 2014 dan akan berakhir tahun depan apabila Jepun menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.


Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota melalui lima benua di dunia. Asia adalah benua yang terakhir dan konvoi ini telah bermula di Timur Tengah pada Februari 2019.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Diilhamkan oleh Akio Toyoda, Presiden Toyota Motor Corporation, Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota bertujuan membuat penambahbaikan produk dengan pendekatan yang lebih mendalam untuk menghasilkan kereta yang lebih baik kepada para pelanggan di seluruh dunia.

 

Untuk peringkat Malaysia, konvoi itu secara rasminya bermula dari Toyota Showroom di Pulau Pinang yang dimiliki oleh pengedar sah Toyota, S & D Tama. Akio Takeyama, selaku Ketua Pegawai dan Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor telah melepaskan konvoi tersebut pada 5 November lalu.

 

 

Laluan yang telah dirancang adalah pacuan lereng curam Cameron Highland untuk memberikan pengalaman pemanduan yang berbeza di negara Malaysia serta keadaan jalan raya di sini. Seterusnya pasukan konvoi akan ke selatan dan ke Singapura. 

 

Pasukan konvoi ini turut melawat ibu pejabat UMW Toyota Motor di Shah Alam, Selangor. Para peserta telah diberikan taklimat mengenai latar belakang syarikat, aktiviti, profil pelanggan, keadaan pasaran tempatan dan inisiatif Gazoo Racing (GR) di Malaysia.
 

 

Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota ini diadakan dan di inisiatifkan sempena Toyota Gazoo Racing. Di Malaysia, Gazoo Racing (GR) adalah salah satu acara utama permotoran automotif yang berjaya menempah nama jenama Toyota, ini termasuk Toyota Gazoo Racing Festival, Gazoo Racing Velocity Esports Championship dan pengenalan terbaru, GR Garage, yang pertama di luar Jepun dan perkenalan produk terbaharu yang dilancarkan, GR Supra.

 

“Kami gembira bahawa Malaysia termasuk dalam Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota, sebuah projek yang menjadi keutamaan Toyota Motor Corporation,” kata Takeyama. “Keadaan permukaan jalan raya dan trafik yang berbeza setiap negara harus memberi para peserta pengalaman berharga".

 

“Toyota sentiasa membuat kereta yang boleh dipercayai tetapi pelanggan hari ini mempunyai keinginan yang lebih tinggi,‘baik’ sahaja tidak mencukupi dan kami perlu menawarkan kereta yang hebat,” kata Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor. “Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota akan membantu menuju ke arah membangunkan kereta yang lebih baik.”

 

 

Terdapat sembilan kenderaan dalam peringkat Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota ini – Hilux, Fortuner, Innova, Vios, Corolla, Rush, CH-R dan Yaris.

 

Selepas Malaysia, konvoi akan menyeberang ke Singapura. Negara-negara lain bagi peringkat Asia ialah Indonesia, Filipina dan Vietnam. Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota akan diteruskan merentasi China dan Asia Timur pada tahun hadapan (2020) sebelum berakhir di Jepun.
 

 

Toyota sejak ditubuhkan pada 1937, telah mengeluarkan kereta yang berkualiti dan dipercayai di serata dunia.  Dengan Sistem Pengeluaran Toyota (TPS), Toyota mempunyai proses pembuatan dan falsafah yang paling efisien dan produktif dan telah menghasilkan jutaan kereta untuk berdekad-dekad.

 

Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota melengkapi TPS dengan meningkatkan dan menyempurnakan proses pembangunan produk dalam usaha mencari kereta yang lebih baik.

 

px 2

 

Ini adalah demonstrasi Genchi Genbutsu, istilah bahasa Jepun yang juga bersifat integral dalam TPS dan bermakna ‘secara peribadi memandang keadaan atau lokasi supaya mempunyai pemahaman yang lebih mendalam’ untuk menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan. Atau sebutan mudahnya, Genchi Genbutsu bermaksud ‘pergi dan lihat sendiri’.

 

Dengan konvoi ‘5 Continents Drive’ ini, pekerja Toyota akan mengembara ke pelbagai negara di empat benua sebelum Asia untuk pengalaman dan pengetahuan yang tidak dapat diperolehi hanya dari memandu kereta di litar ujian atau disimulasikan dalam bilik .

 

Sejak Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota bermula pada 2014 di Australia, jarak perjalanan keseluruhannya adalah lebih kurang 103,000 km.

 

Data yang dikumpulkan telah disalurkan ke Toyota City dalam tempoh empat tahun yang lalu, dengan data-data yang terkumpul, penambahbaikan akan dibuat dalam pelbagai bidang dengan maklumat yang diterima oleh para peserta untuk memahami isu-isu yang timbul.

 

px1

 

Bukan saja peningkatan untuk produk tetapi juga termasuk bidang pengurusan pembuatan seperti logistik, kos, dan sebagainya. Walaupun Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota akan berakhir tahun depan, ini adalah proses berterusan dan pembelajaran akan terus dilaksanakan untuk model akan datang.

 

Toyota Gazoo Racing Festival untuk pusiang kedua musim ketiga telah pun berlangsung di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu di mana bekas lapangan terbang lama telah diubah menjadi litar perlumbaan Toyota Vios Challenge.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…
Telah Diuji
bZ yang bermaksud Beyond Zero (pengeluaran asap sifar) sebenarnya dihasilkan sebagai projek usahama…