Konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Singapura hampir dihanyutkan banjir

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Sekumpulan konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Singapura berdepan detik cemas apabila beberapa motosikal yang dinaiki hampir dihanyutkan banjir di Jalan Nitar, Mersing.


Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, dalam kejadian pada tengah hari Rabu itu, konvoi berkenaan dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang menuju ke Kuantan, Pahang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Menurutnya, setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian itu.

 

"Konvoi enam buah motosikal berkuasa tinggi itu dari arah Mersing ke arah Kluang. Ketika tiba di lokasi motosikal yang ditunggang ada yang rosak.

 

"Kumpulan konvoi itu telah dibantu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat tugasan banjir di kawasan Kampung Jamari, Mersing.

 

"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku. Konvoi terbabit meneruskan perjalanan dengan bantuan trak penunda," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

 

Sebelum itu tular video berdurasi 27 saat memaparkan beberapa individu menyelamatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai hanyut ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air banjir.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di…
Informasi
Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang…
Berita Domestik
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara…