Konvoi motosikal ke Tasik Kenyir 'kecundang' lagi

oleh SALINA JALIL|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Kumpulan konvoi bermotosikal yang berkumpul di Tasik Kenyir, Kuala Berang Terengganu pada cuti hujung minggu diserbu oleh sepasukan polis pada Jumaat.

 

Dalam operasi yang dijalankan oleh BSPT IPD Hulu Terengganu itu, sebanyak 95 buah motosikal dan 120 individu telah diperiksa.

 

Daripada itu, sebanyak 57 keping saman trafik telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan.

 

Antara kesalahan-kesalahan yang dikeluarkan saman ialah tiada cermin sisi, tidak mempamerkan pelekat L dan P, ubah suai ekzos, aksesori tidak sempurna, tiada nombor pendaftaran dan nombor plat tidak mengikut peraturan.


 

Sumber: JSPT Terengganu

 

Konvoi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Domestik
Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim…
Berita Domestik
Pada hujung minggu lepas bertempat di Ipoh, The National Kidney Foundation (NKF) Malaysia telah…