Konvoi motosikal perlu hantar senarai peserta kepada pihak Polis - KP JPJ

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Penganjur konvoi motosikal lebih daripada seorang penunggang perlu menghantar senarai peserta dan motosikal yang terlibat kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim ketika ditemubual pada acara pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya 2023 di Seremban siang tadi.
 

konvoi


Beliau menambah, senarai tersebut akan digunakan oleh pihak JPJ untuk memeriksa butiran setiap peserta seperti tempoh sah insurans dan lesen memandu, serta keadaan kenderaan yang terlibat dalam konvoi.

Jelasnya lagi, pihak Polis dan JPJ akan turut serta berada di lokasi yang ditetapkan untuk memantau keadaan bagi memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

gambar hiasan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut rakan mereka, Muhammad Arashid Ramli, 39, berkata, dia menerima khabar duka itu daripada…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, kesemua mangsa berkonvoi…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…