Konvoi Santai Geng Alza White dan White Myvi Legacy Utara jalin erat hubungan silaturahim

oleh Mohamad Hanif|
Komuniti permotoran iaitu Geng Alza White (GAW) Wilayah Utara bersama White Myvi Legacy Utara telah mengadakan Konvoi Santai Merdeka Tahun 2018 pada 31 Ogos 2018 bertempat di Pantai Merdeka, Kedah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program tersebut disertai 50 orang termasuklah keluarga ahli yang terdiri daripada daripada Negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis malah turut disertai ahli daripada negeri Selangor dan Kelantan.


Menurut penyelaras GAW Wilayah Utara, Puan Zuer’’aini Binti Isa berkata, program ini julung-julung kali diadakan oleh GAW Utara dan bercadang untuk mengadakan program seumpama ini sebagai program tahunan setiap kali hari Merdeka.

Antara aktiviti yang di adakan adalah aktiviti Konvoi ke Pantai Merdeka, sukaneka dan sesi suaikenal antara ahli dalam sepanjang program.

Program ini juga dapat memupuk semangat setiakawan, serta mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli-ahli club alza yang lain dan juga boleh berkongsi pendapat bersama ahli Geng Alza White dan  White Myvi Legacy Utara dikalangan semua ahli.
 


Terima kasih kepada  AJK pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan program  tersebut yang amat meriah.

Tidak lupa juga penghargaan kepada ahli GAW serta ahli White Myvi Legacy Utara kerana memberi kerjasama dengan semangat yang jitu bagi menjayakan program ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun, berkata empat…
Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu yang berada di pam nombor dua sedang membetulkan…
Berita Domestik
Kejadian tersebut tular di Facebook selepas mangsa memohon bantuan orang ramai menjejaki kereta…