Koperasi TNB lancar platform pembaharuan takaful kenderaan mysenang.my

oleh Mohamad Hanif|
Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KopTNB) baru-baru ini melancarkan pelantar pembaharuan takaful kenderaan atas talian mysenang.my.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengenalan platform ini adalah untuk memudahkan pengguna memperbaharui takaful kenderaan mereka dengan lebih pantas.

Pengguna hanya perlu mendaftar maklumat peribadi dan mengisi butiran takaful sebelum membuat pembayaran, semuanya boleh dibuat menerusi satu platform tunggal.

Malah, pelanggan juga berpeluang untuk mendapat diskaun sehingga 5 peratus, rebat tiada tuntutan sehingga 20 peratus, serta membawa pulang hadiah cabutan bertuah seperti motosikal, TV 45 inci, serta peranti pintar iphone.

Butiran lanjut boleh didapati menerusi laman web https://www.mysenang.my