Kor Polis Tentera Diraja peroleh 40 unit BMW R 1250 RT

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan Tentera Darat Malaysia telah meluluskan perolehan 40 buah motosikal penguatkuasa jenis BMW R 1250 RT bagi membantu Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) melaksanakan tugas kepolisan dengan berkesan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis penyerahan yang diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT) itu telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain.
 

KPTD


Majlis Perasmian Motosikal Penguatkuasa Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) ini diadakan sebagai manifestasi kepada usaha berterusan yang dilaksanakan oleh Tentera Darat Malaysia bagi mempertingkatkan tahap kesiagaan dan keupayaan KPTD.

Perolehan 40 unit motosikal itu adalah secara sewaan daripada syarikat Ammo Defence Sdn Bhd untuk tempoh lima tahun.

 

BMW R 1250 RT yang digunakan ini merupakan motosikal kelas sport touring yang dikuasakan oleh enjin boxer 1,254 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 136 hp @ 7,750 rpm dan daya kilas 143 Nm @ 6,250 rpm.