Korea Selatan, AS lancar lapan peluru berpandu sebagai tindak balas kepada Korea Utara

oleh SALINA JALIL|
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad menguji sebanyak lapan peluru berpandu sebagai tindak balas dan amaran kepada ujian peluru berpandu terbaru Korea Utara, lapor Sputnik, memetik Agensi Berita Yonhap.


Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) dalam satu kenyataan pada pagi Isnin memaklumkan bahawa peluru berpandu taktikal tentera darat telah dilancarkan dari kawasan pantai timur di Wilayah Gangwon Korea Selatan yang menyasarkan pelbagai sasaran ke Laut Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ujian berlangsung selama kira-kira 10 minit, bermula 4.45 pagi waktu tempatan pada Isnin (19:45 GMT pada Ahad), menurut JCS.

 

Sementara itu menurut kenyataan Komando Indo-Pasifik AS ujian itu melibatkan satu peluru berpandu AS dan tujuh peluru berpandu Korea Selatan.

 

Selain itu, AS juga melakukan latihan peluru berpandu balistik bersama dengan Jepun.

 

Pyongyang dilaporkan telah menguji sebanyak lapan peluru berpandu balistik jarak dekat, termasuk jenis KN-23, dari empat lokasi berbeza ke arah Laut Jepun pada Ahad. Ujian peluru berpandu itu adalah yang ke-18 dilakukan Korea Utara sejak awal tahun ini.

 

 

-- CNN

Berita Berkenaan

Berita Global
Senjata itu menimbulkan ancaman besar kepada aset ketenteraan termasuk kapal perang utama Britain,…
Berita Global
  Laporan dari Nikkei melaporkan bahawa kementerian tersebut sedang giat memperkasa keupayaan…
Berita Global
  Menurut siaran akhbar dari JIT, pihak itu masih terus menyiasat untuk mencari kebenaran,…