Kos ganti bateri Tesla Model 3 mampu cecah RM67 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Memang tidak dapat dinafikan, pek bateri merupakan salah satu komponen yang paling mahal di dalam binaan sesebuah kereta hibrid (HEV), plug-in hybrid (PHEV) mahupun kereta elektrik bateri (BEV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun dalam beberapa kajian pek bateri dikatakan mampu bertahan melangkaui tempoh dan jarak yang dijangkakan, ia tetap memberikan satu mimpi ngeri apabila berlaku situasi yang tidak dijangkakan, seperti kerosakan yang bukan melibatkan isu pembuatan, senang cerita ia berpunca daripada kesilapan pemilik itu sendiri.

Menurut laporan daripada Current Automotive, seorang pemilik Tesla Model 3 terpaksa mengeluarkan wang sebanyak hampir $16,000 (RM65 ribu) untuk proses penggantian pek bateri keretanya yang rosak akibat terlanggar bongkah batu yang besar di bawah kenderaan.

Bongkah batu tersebut dikatakan menghentak struktur bateri yang terletak di bawah lantai kereta, mengakibatkan pek bateri gagal berfungsi.

Lebih malang lagi, kerosakan pek bateri tersebut tidak ditanggung oleh jaminan kilang.

 

contoh pek bateri Tesla Model S


Secara kasarnya, kos penggantian pek bateri tersebut bernilai $16,550.67 (RM66,956), termasuk kos buruh ($2,299.27) berdasarkan kiraan $175 per jam dan penggantian tersebut memakan masa melebihi 13 jam!

Menurut Current Automotive, walaupun kos penggantian tersebut agak mahal, pek bateri tersebut bukanlah unit baharu, sebaliknya ia merupakan pek bateri yang dibuat semula (remanufactured battery pack).

Agak mengejutkan apabila Current Automotive mendapati jaminan kilang Tesla sebenarnya turut merangkumi kes-kes kebakaran bateri, termasuklah kebakaran yang disebabkan oleh kesilapan pengguna.

Jadi, jika kereta Tesla Model 3 tersebut sebenarnya terbakar di tempat kejadian, mungkin sekali pemilik tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk menggantikan pek bateri tersebut.

Sumber: Current Automotive

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…
Berita Global
Perlumbaan untuk menghasilkan bateri lithium soild state adalah perlumbaan paling ketara sekarang…
Berita Global
Bercakap dengan pemberita Nikkei Asia, Liu Jingyu, pengerusi CALB berkata pembinaan kilang bateri…