Kos keseluruhan MRT3 dianggar RM50.2 bilion

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3) dijangka bakal menelan belanja keseluruhan RM50.2 bilion, dengan anggaran kos pembinaan sahaja mencecah RM34.3 bilion.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, RM8.4 bilion daripadanya membabitkan kos pengambilan tanah, manakala RM5.6 bilion lagi adalah untuk pengurusan projek serta lain-lain kos RM1.9 bilion.


"Kerajaan pada 4 Mac 2022 bersetuju dengan pelaksanaan Projek MRT3 yang akan melengkapkan infrastruktur pengangkutan awam sedia ada di Lembah Klang dengan menyediakan perkhidmatan bersepadu, mampu milik dan cekap untuk keselesaan dan kemudahan rakyat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Cadangan laluan MRT3 ini adalah sekitar 51 kilometer (km) dan mempunyai 31 stesen, di mana 10 daripadanya akan menjadi stesen pertukaran dengan lapan laluan rel sedia ada di Lembah Klang," katanya dalam jawapan lisan bagi menjawab soalan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) di Dewan Rakyat, hari ini.

Fahmi bertanyakan mengenai jumlah kos pembinaan MRT3 bersama pecahan terperinci jumlah dan sama ada kerajaan akan mendapatkan persetujuan Parlimen bagi pelaksanaan MRT3.

 

Mengulas lanjut, Zafrul berkata, kos keseluruhan projek itu bagaimanapun akan dimuktamadkan selepas proses tender terbuka selesai.

 

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada Mei lalu memaklumkan sudah membuka tiga pakej tender membabitkan projek MRT3 kepada kontraktor yang layak.

 

MRT3 atau dikenali sebagai Laluan Lingkaran membabitkan lingkaran sepanjang 50.8 km meliputi 40.1km di laluan atas manakala 10.7 km laluan bawah tanah.

 

Jajaran terkini projek itu juga berbentuk lingkaran sekitar Kuala Lumpur dengan 39 km terletak di Kuala Lumpur dan 12 km lagi di Selangor, dijangka akan bermula secara berperingkat pada 2028.

 

MRT3 akan menambah baik kesalinghubungan yang diperlukan pengangkutan awam lain di Lembah Klang, merangkumi pusat pembangunan utama dan pinggir bandar serta membolehkan mobiliti keseluruhan perjalanan.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk memujuk pengguna, ada sesetengah pengeluar automotif memberitahu kos pemilikan EV akan…
Informasi
  Hasil tinjauan Kosmo!, rata-rata pengguna sangat terkesan dengan kenaikan harga tayar yang…
Informasi
  Lebih mengejutkan, kos tersebut untuk sebulan dipercayai lebih mahal daripada sesetengah kadar…