Kos meningkat - untung bersih Toyota turun 18%

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Toyota Motor hari ini berkata keuntungan bersih untuk tempoh April-Disember bagi tahun fiskal berakhir Mac ialah 1.89 trilion yen (US$14.4 bilion), turun sebanyak 18 peratus berbanding tahun sebelumnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara punca penurunan tersebut ialah usaha memperbaiki operasi syarikat ketika kekurangan komponen chip dan peningkatan harga bahan.

Namun begitu Toyota kekal dengan unjuran keuntungan bersih tahunan pada 2.36 trilion yen, penurunan sebanyak 17.2 peratus berbanding tahun lalu.

Pendapatan operasi syarikat itu meningkat 22 peratus untuk tempoh Oktober hingga Disember berbanding 956.6 bilion yen tahun lalu. Ia adalah peningkatan pertama dalam lima suku lalu, membuktikan efek positif kelemahan matawang yen dan peningkatan jumlah penjualan yang membantu mengimbangkan efek negatif akibat peningkatan harga bahan-bahan.

 

2

 

Toyota juga menurunkan sasaran pembuatan sebanyak 100,000 unit kepada 9.1 juta unit tetapi masih mengekalkan sasaran penjualan tahunan kepada 9.4 juta unit kerana ia menjangkakan peningkatan jualan di Jepun dan beberapa rantau lain, walaupun kadar jualan menurun di Eropah dan Asia.

Jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) adalah dalam 20,000 unit, 1.7 kali ganda lebih tinggi dari tahun lalu.

Toyota merancang untuk melancarkan model EV pertama Lexus, iaitu RZ dan mensasarkan ia akan menjual 3.5 juta unit BEV menjelang tahun 2030.

Toyota dilaporkan akan kekal menjual model-model enjin petrol konvensional, hibrid dan fuel-cell.

 

Sumber: Nikkei Asia

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Masalah itu boleh mengakibatkan 'Occupant Classification System' (OCS) tidak berfungsi.…
Berita Global
Jawatan itu kini disandang oleh bekas CEO Lexus dan bos Toyota Gazoo Racing, iaitu Koji Sato,…
Berita Global
Menurut Ketua Saintis Toyota Motor Corp, Gill Pratt kepada Reuters baru-baru ini, beliau percaya…