Kos naik taraf FR05 dari Tanjong Karang ke Sabak Bernam jimat RM31 juta

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Bernama
Projek naik taraf Jalan Persekutuan 5 (FR05) dari Tanjong Karang ke Sabak Bernam, Selangor berjaya mencatatkan penjimatan kos sehingga RM31 juta.


Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek membabitkan laluan sepanjang 45 kilometer (km) itu siap lebih awal daripada dijadualkan iaitu 22 Februari lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kalau ikutkan tempoh, projek ini sepatutnya siap pada Mac ini selepas dimulakan pada Mac 2016.

 

"Keseluruhan kos adalah RM780 juta berdasarkan kontrak asal. Namun pada akhirnya, ia dapat disiapkan dengan harga RM749 juta hasil penjimatan dalam skop projek yang digabungkan selepas mendapat maklum balas dari pelan asal," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan dan perasmian projek di Dataran Tonggak 10, semalam.

 

Fadillah berkata, sasaran FR05 yang juga jajaran Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) adalah meningkatkan saling hubungan antara negeri dan daerah khususnya di Selangor.

 

"FR05 akan menghubungkan WCE yang sedang dalam pelaksanaan dengan sebahagiannya akan disiapkan pada tahun depan manakala sebahagian kecil pada 2024.

 

"Jalan ini dibiayai menerusi peruntukan kerajaan. Manakala WCE pula dibiayai pihak swasta melalui sistem tol," katanya.

 

Untuk rekod, Jalan Persekutuan 5 bermula dari Kampung Tengah, Tanjong Karang dan berakhir di Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor.

 

Turut dibina, 15 pusingan U, 10 jejantas pejalan kaki serta laluan motosikal, sebuah jejantas pejalan kaki dan empat persimpangan bertingkat (flyover) baharu yang dapat meningkatkan tahap keselamatan pengguna seterusnya mengurangkan risiko kemalangan.

 

Dianggarkan 19,411 kenderaan menggunakan laluan ini sehari bersamaan 7, 085,015 kenderaan setahun, yang mendapat faedah dengan perjalanan lebih lancar tanpa sebarang tol dikenakan.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Kementerian itu memaklumkan pengurangan sementara had laju selama seminggu berkenaan antara langkah…
Berita Domestik
Pewartaan penurunan kadar had laju itu berkuatkuasa sepanjang tempoh Ops Bersepadu bermula 8…
Informasi
Bagaimanapun, pemantauan berterusan akan dilakukan dari masa ke masa oleh pihak berwajib bagi…