Kos servis 5-tahun Proton X70 lebih tinggi dari Honda CR-V

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kos servis atau penyelenggaraan sering menjadi satu topik yang "tidak sengaja" dilupakan oleh ramai pembeli.

Ini ialah sesuatu yang normal kerana mereka hanya mahu mendengar perkhabaran positif sahaja bagi "mengiakan" pembelian mereka.

Rakan Careta dari Paul Tan telah melakukan satu kaji selidik mengenai kos penyelenggaraan untuk Proton X70 dan SUV popular Honda CR-V.

Dari segi harga, semestinya CR-V jauh lebih mahal, bermula dari RM138,308 sehingga RM163,191.

Namun begitu, Honda bukanlah satu nama yang calang-calang dan kepakaran serta pengalaman mereka jauh lebih baik dan lebih meluas dalam industri pembuatan automotif.

Proton X70 dari Geely ini pula ialah produk 100 peratus buatan China yang diimport masuk menggunakan insentif khusus untuk syarikat automotif nasional.

Hasil kajian Paul Tan mendapati Honda CR-V lebih murah untuk diselenggara berbanding dengan Proton/Geely tersebut, dengan beza lebih sedikit dari RM1,000.

 

 

Menurut Paul Tan, SUV dari Honda itu mempunyai kadar servis yang lebih murah kerana:

  • Proton X70 memerlukan 5-liter pelincir enjin berbanding hanya 4-liter untuk Honda CR-V.
  • Walaupun penapis udara dan debu Proton X70 lebih murah, ia perlu lebih banyak kali penukaran berbanding dengan CR-V.
  • Sungguhpun Proton menawarkan 5 kali servis dengan upah percuma, cuma servis yang ke 30,000 km lebih murah dari Honda. Honda juga menawarkan servis dengan upah percuma untuk setiap selang servis.
  • Honda mahukan pelincir transmisi CVT untuk CR-V diganti setiap 40,000 km tetapi pada kos cuma RM141.50. Proton X70 hanya perlu pertukaran tersebut pada setiap 60,000 km dengan harga RM500.96.
  • Proton X70 juga perlukan penukaran penyejuk radiator  pada jarak 60,000 km menjadikan kos servis pada julat itu setinggi RM1,269.66. Kos termahal untuk servis Honda CR-V pula ialah pada RM610.79 untuk servis 100,000 km.
  • Banyak bahan servis CR-V yang mahal ditunda kepada jarak perbatuan yang lebih lama. Contohnya, cecair penyejuk radiator untuk Honda itu ditukar pada kos RM201.50 pada jarak perbatuan 200,000 km sahaja.
  • Palam pencucuh (spark plug) iridium oleh Honda pula mahal, iaitu pada RM431.05 tetapi ia perlu ditukar pada jarak 100,000 km sahaja. Untuk Proton, ia perlu ditukar setiap 20,000 km.
  • Proton X70 varian premium pula menggunakan roda aloi 19-inci, dan ini bermakna kos menukar tayar untuk Proton itu jauh lebih mahal dari Honda CR-V yang menggunakan roda alok bersaiz 18-inci.

Kos-kos ini adalah benar pada masa kajian ini dilakukan dan kami pasti Proton akan terus menurunkannya selepas laporan-laporan ini tersebar kerana ini sudah menjadi kebiasaan bagi jenama itu yang tidak pernah belajar dari kesilapan lampau.

Honda Malaysia pula menawarkan diskaun 15 peratus ke atas alatganti mereka, menjadikan kos itu lebih rendah.

Enjin Honda CR-V 1.5 VTEC Turbo pula hanya perlukan penukaran minyak pelincir bergantung kepada keadaan pelincir itu sendiri, dan sebenarnya bukan dari jarak perbatuan. 

Bagi Careta, enjin turbo tidak pernah memberikan kos penyelenggaraan yang murah. Ia direka untuk memberikan kadar asap yang rendah tetapi tenaga yang lebih tinggi. 

Jika anda tidak mahu dibebankan dengan bil penyelenggaraan yang tinggi, lebih baik menggunakan enjin tanpa turbo seperti Honda CR-V 2.0L yang sudah terbukti berkesan.

Untuk fanatik Proton pula, jangan terlalu gembira kerana enjin Geely tidak lagi terbukti di sini. Mungkin perlu ada kajian apa kata pengguna-pengguna Boyue di China. 

Untuk membaca kajian asal dari Paul Tan, sila lawati pautan ini.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…