KPDN cadang wujudkan pinjaman pembiayaan kenderaan, insurans khas untuk B40

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini telah mencadangkan untuk mewujudkan kemudahan pinjaman pembiayaan kenderaan dan insurans khas bagi membantu golongan B40 di bawah inisiatif Payung Rahmah.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut laporan dari Bernama, Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata beliau akan mengadakan libat urus bersama institut perbankan dan syarikat insurans bagi memperhaluskan cadangan inisiatif tersebut.

Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, "Insya-Allah akan ada insurans Rahmah yang boleh ditawarkan kepada rakyat yang memang tidak mampu beli kereta baharu dan hanya mampu beli kereta terpakai, tetapi ada skim perlindungan untuk kereta mereka."

Menurutnya juga, beliau telah mengadakan perbincangan bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyatakan hasratnya bertemu dengan tokoh-tokoh perbankan.

Menurutnya lagi, Tengku Datuk Seri Zafrul yang merupakan bekas Menteri Kewangan itu memberikan pandangan positif terhadap konsep tersebut serta bersedia untuk memberi kerjasama bagi menjayakannya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut diumumkan oleh anaknya Fatihah Salahuddin menerusi akaun media sosial Facebook…
Berita Domestik
  “Minyak (petrol dan diesel) tidak bersubsidi (di Malaysia) pun jauh lebih murah dari minyak di…
Informasi
  Bagaimanapun, katanya, penyerahan hak-hak di bawah perjanjian sewa beli adalah dibenarkan di…