KPDN sita 98,840 liter diesel bernilai lebih RM200,000

oleh Penyumbang Rencana|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan menyita 98,840 liter minyak diesel dengan nilai rampasan RM212,506 di sebuah premis di Port Dickson, pada Khamis.


Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata pihaknya menyerbu premis di Taman Perindustrian Sri Lukut, mendapati premis terbabit memiliki diesel melebihi had 60,000 liter yang dibenarkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Pemeriksaan di peringkat pemborong diesel bersubsidi itu dijalankan adalah tindakan proaktif KPDN bagi mengenal pasti dan menangani isu ketirisan diesel bersubsidi sepanjang tempoh OPS TIRIS dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular…
Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Berita Domestik
Menurut kenyataan itu, projek rintis berkenaan sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan…