KPDNHEP mahu kaji pemberian subsidi petrol bersasar

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Kewangan sedang berbincang dalam mencari mekanisme pelaksanaan subsidi petrol secara bersasar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perbincangan itu termasuk mengenal pasti implikasi kewangan selain sistem digunakan dalam pelaksanaannya.

“Subsidi membabitkan implikasi kewangan, jadi kita perlu tahu dengan tepat. Pertama ialah kumpulan sasaran yang sebenar-benar layak.

“Jika mereka layak dapat, jadi berasaskan apa, contohnya dari segi paras pendapatan atau jenis kenderaan. Kalau satu keluarga ada dua atau tiga kenderaan... berapa yang layak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, hari ini.

Beliau berkata, perbincangan dengan syarikat pengeluar dan pengusaha stesen minyak juga perlu diadakan berhubung pelaksanaan subsidi petrol secara bersasar.

“Ini kerana apabila keputusan kerajaan bersetuju untuk melaksanakannya, apakah sistem sedia ada memadai atau boleh sesuaikan dengan cadangan perubahan atau pelaksanaan yang berkaitan.

“Stesen minyak juga bukan semuanya menyediakan perkhidmatan penuh dan jika di kawasan pedalaman, yang banyak ialah stesen mini.

“Apakah sistem pembayaran mereka mampu untuk sesuaikan dengan cadangan itu nanti,” katanya.
 


Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Kami berharap boleh merangka satu proses mekanisme pelaksanaannya selepas meninjau beberapa aspek yang sangat penting,” katanya.

Pada 12 September lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah dilaporkan berkata, kerajaan dijangka mengumumkan mekanisme subsidi petroleum bersasar baharu awal tahun depan.

Beliau dilaporkan berkata, kerajaan pada masa ini sedang berusaha gigih untuk memastikan mekanisme paling baik untuk subsidi petroleum bersasar dilaksanakan.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan terdapat tiga kaedah yang dipertimbangkan untuk pemberian…
Berita Domestik
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi…
Berita Domestik
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30…