Kpower Industries tawar kit tukar enjin Honda K24 dalam GT86/BRZ!!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota GT86 serta kembarnya Subaru BRZ (dan Scion FR-S) diketahui mempunyai satu masalah yang ketara - kekurangan kuasa - dan disebabkan itu ada diantara pemilik yang mula mencari jalan keluar untuk memuatkan nadi yang lebih bertenaga.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berita baik buat mereka yang mencari nadi Honda yang lebih berkuasa, Kpower Industries kini menawarkan kit penukaran enjin khusus untuk model GT86/BRZ setelah mengujinya sendiri pada model BRZ 2013 selama beberapa bulan.
 

K24


Menurut Kpower Industries, tujuan mereka menawarkan kit engine swap ini bukan sekadar untuk memenuhi kehendak mereka yang gila kuasa, akan tetapi mahu mengekalkan segala fungsi yang datang pada casis moden ini seperti pendingin hawa, kawalan jelajah, ABS, dan yang paling penting adalah untuk mengekalkan karakteristik penukaran gear yang lancar pada model 86/BRZ.

Pemilihan bahan untuk cagak enjin juga dibuat dengan berhati-hati supaya kadar NVH dikekalkan pada tahap minimum.

Berdasarkan ujian yang dibuat sendiri oleh Kpower menerusi Subaru BRZ tahun 2013, mereka berjaya mengekstrak 230 kuasa kuda dan daya kilas 258 Nm daripada enjin K24A2 yang standard, namun dengan talaan terhadap sistem kemasukan, header, dan juga ekzos.
 

ECU


Malah, dengan enjin baharu itu juga kereta BRZ K24 itu mengalami penurunan berat sebanyak 63.5 kg walaupun mengekalkan segala aksesori dan juga sistem pendingin hawa.

Pakej yang ditawarkan oleh Kpower Industries merangkumi senarai komponen yang sangat panjang, bermula dari penyesuai transmisi, flywheel kustom (keluli/aluminium), pendakap cagak enjin, sehinggalah kepada unit ECU dan sistem pendawaian gred perlumbaan.

Namun harus diingat, penukaran enjin K24 ini hanyalah sah untuk kegunaan di dalam litar sahaja, dan bukan untuk kegunaan jalan raya biasa.

Sumber: Kpower Industries