Kronologi dan evolusi kerusi keselamatan kanak-kanak

oleh Penyumbang Rencana 2|
Kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak pada tahun 2020. Undang-undang ini diperkenalkan pada tahun lalu oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Evolusi penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak telah bermula sejak perkembangan industri automotif lagi, tetapi penggunaan asal kerusi ini hanya sekadar menyediakan kerusi untuk kanak-kanak tanpa sebarang fungsi keselamatan.

 

Adalah dipercayai bahawa kerusi kanak-kanak hanya dihasilkan pada tahun 1930 oleh syarikat Bunny Bear Company, tiada ciri keselamatan hanya berfungsi untuk meletakkan kanak-kanak pada kerusi, uniknya rekebentuk kerusi ini mampu disangkut dipintu kereta. Idea untuk menghasilkan kerusi kanak-kanak yang mempunyai ciri keselamatan datang dari Leonard Rivkin yang mempunyai tali pingggang keselamatan berbentuk Y seperti yang terdapat pada kerusi keselamatan moden.
 

 

Terdapat juga produk selain kerusi keselamatan dihasilkan untuk kanak-kanak. Volkswagen pernah menjual tali keselamatan sebagai aksesori tambahan .
 

 

vw1

 

 

Pada tahun 1968 Ford memperkenalkan Tot Guard, akan tetapi Tot Guard hanya sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berusia 5-9 tahun sahaja.

 

Tot Guard menjadikan Ford sebagai pengeluar kereta pertama memperkenalkan kerusi keselamatan kanak-kanak, peliknya rekebentuk Tot Guard mempunyai pad yang lembut dibahagian hadapan.
 

 

 

General Motor (GM) pula memperkenalkan kerusi kanak-kanak dan bayi  Love Seat  pada 1969 yang mempunyai ciri-ciri kerusi keselamatan kanak-kanak moden.

 

gm love seat

 

 

Pada tahun 1971, National Highway Traffic Safety (NHTSA) di Amerika Syarika telah memperkenalkan panduan kerusi keselamatan kanak-kanak yang pertama, akan tetapi undang-undang mendatori penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak hanya dikuatkuasakan pada 1985 di Amerika Syarikat, semenjak pengubalan undang-undang mandatori diperkenalkan evolusi rekebentuknya terus berkembang.
 

 

Pada tahun 1997 pengeluar kerusi keselamatan Britax-Romer dan Volkswagen bersama menghasilkan kerusi keselamatan kanak-kanak ISOFIX pertama.

 

Pada tahun 2013 pula menyaksikan kesemua kenderaan yang dikeluarkan pada tahun tersebut  diwajibkan  mempunyai ISOFIX bercirikan LATCH (Lower Anchor and Tethers For Children)
 

 

 

Pada tahun 2018, teknologi kerusi keselamatan kanak-kanak terus berkembang dengan pengeluaran dari syarikat Maxi-Crosi yang berjaya menghasilkan  kerusi keselamatan kanak-kanak AxissFix Air  yang didatangkan dengan beg udara dan ini merupakan yang pertama di dunia.

 

 

seat with air bag

 

 

 

Penulis: Muhamad Qalif Latif

Berita Berkenaan

Informasi
  MIROS dalam kenyataan hari ini (Sabtu) telah memaklumkan program rebat pembelian kerusi…
Berita Domestik
Dalam majilis yang sama, para penerima telah diberikan tunjuk ajar mengenai cara pemasangan dan…
Berita Domestik
  “Perodua Care Seat merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyumbang ke arah…