KTM 1390 Super Duke R 2024 debut secara global - Rupa lebih ganas, 188 HP dan 145 Nm!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jenama pengeluar motosikal Austria, KTM telah memperkenalkan sebuah model paling berkuasa dalam barisan model naked nya iaitu KTM 1390 Super Duke R 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengenalan KTM 1390 Super Duke R 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-30 nama Duke, di mana super naked itu telah dipertingkatkan dengan naik taraf kelengkapan dan enjin lebih berkuasa.

Menurut KTM, 1390 Super Duke R merupakan jelmaan kuasa dan evolusi khususnya bagi segmen super naked, di mana ia meneruskan legasi dan teknologi selama tiga dekad.

 

2

 

Antara perubahan besar yang dibawakan pastinya sudah boleh dilihat pada namanya, 1390 Super Duke R dikuasakan enjin v-twin LC8 dengan sesaran yang lebih besar iaitu 1,350 cc.

Enjin tersebut telah dikemas kini dengan sistem peralihan cam bersepadu yang membantu untuk menghasilkan lebih prestasi dan meningkatkan kecekapan.

Bagi membantu meningkatkan lagi prestasi, 1390 Super Duke R turut menerima kotak angin dengan rekaan baharu yang dipertingkat bersama tangki bahan api lebih besar berkapasiti 17.5 liter.

 

3

 

Semua naik taraf dan kemas kini itu kini membolehkan KTM 1390 Super Duke R menghasilkan kuasa sehingga 188 HP dan 145 Nm!

Keseluruhan struktur 1390 Super Duke R juga telah dirombak untuk memberikan estetika yang agresif dalam prestasi yang dipertingkatkan.

Profil yang lebih rendah, casis yang lebih padat, dan penggunaan bahan yang ringan memberikan 1390 Super Duke R karakter lebih agresif.

 

4

 

Dari segi tetapan suspensi, 1390 Super Duke R masih mengekalkan tetapan yang sama seperti 1290 Super Duke, di mana ia dilengkapi fork USD dan monoshock dari WP dengan ciri pelarasan penuh.

Tampil lebih garang dan agresif, 1390 Super Duke R turut menerima rekaan lampu hadapan baharu sama seperti model 990 Duke yang didedahkan di EICMA 2023.

Menariknya, rekaan lampu baharu itu disepadukan dengan sayap aero baharu bagi membantu meningkatkan lagi daya turun super naked tersebut.

 

5

 

Pastinya sebagai sebuah super naked dalam era moden, 1390 Super Duke R turut dipertingkatkan dengan pakej elektronik bagi membantu penunggang, menampilkan 5 mod menunggang - Rain, Street, Sport, Performance dan Track.

Antara ciri elektronik lain yang turut dibawakan ialah cruise control, anti-wheelie control, Engine Brake Control (ECM), dan KTMConnect.

KTM semestinya memahami jiwa manusia yang tidak pernah cukup, di mana mereka turut memperkenalkan varian KTM 1390 Super Duke R Evo.

 

7

 

Bagaimanapun, varian 1390 Super Duke R Evo tidak didatangkan dengan sebarang perubahan pada kuasa enjin, sebaliknya ia menerima naik taraf sistem teknologi suspensi separa-aktif WP dan ciri "Factory Launch".

Sebagai tambahan, KTM 1390 Super Duke R Evo juga boleh diubah suai dengan KTM PowerParts dan PowerWear.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Model Terbaharu
KTM 890 SMT adalah Supermoto Tourer yang menawarkan prestasi dan pengendalian supermoto dengan…
Informasi
Jawatankuasa yang terlibat pada dasarnya bersetuju untuk meningkatkan kekerapan kereta api, menurut…