KTM lancar model 890 Duke R dengan 121 kuasa kuda

oleh Penyumbang Rencana 2|
KTM telah melancarkan model naked terbaru 890 Duke R dengan ciri-ciri yang lebih ‘sporty’ dan tangkas.


Model untuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat ini telah diperkenalkan melalui satu tayangan video khas oleh KTM semalam.


Dengan imej dan reka bentuk yang lebih agresif, 890 Duke R dipertingkat menggunakan asas 790 Duke dengan penggunaan angkup brek Brembo Stylema dengan cakera 320 milimeter (mm) berkembar di hadapan, pam brek Brembo MCS serta fork WP 43 mm boleh laras sepenuhnya serta ergonomik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

pic duke

 

Bahagian enjin jentera ini masih mengekalkan dua unit silinder selari sama seperti model 790 Duke, namun ia mampu menghasilkan lebih 18 hp dan 12 Nm, menjadikan kuasa keseluruhannya 121 hp pada 9,250 rpm dan 99 Nm tork pada 7,750 rpm.

 

Bagi mencapai tambahan kuasa ini, KTM telah mempertingkat kapasiti enjin 890 Duke R menjadi 890 cc daripada 799 cc. ia dibuat dengan dengan membesarkan bore menjadi 90.7 mm daripada 88 mm dan stroke ditambah menjadi 68.8 mm daripada 65.7 mm.

 

Dipadankan pula dengan piston baru, nisbah mampatan enjin motosikal ini ditingkatkan daripada 12.7:1. menjadi 13.5:1.

 

Untuk bahagian bawah enjin pula, model 890 Duke R menggunakan crankshaft yang boleh berpusing 20 peratus lebih baik berbanding sebelum ini. Ia memberikan lebih keseimbangan pada kelajuan sekata, rpm tinggi dan ketika mengambil selekoh. 

 

 

Pada bahagian head pula, camshaft 890 Duke R mempunyai profail yang lebih agresif dan lift yang lebih tinggi.

 

Selain itu, KTM juga telah mempertingkat kotak gear model ini untuk memberikan penukaran yang lebih pantas dengan jarak pergerakan tuil yang lebih rapat serta spring yang lebih pantas. 

 

Untuk memastikan enjin tahan lasak, 890 Duke R mempunyai berat 166 kilogram turut dilengkapkan dengan radiator yang lebih besar untuk sistem penyejukan yang lebih baik.

 

Untuk lebih dinamik, jentera dengan varian warna hitam dan jingga ini dilengkapi dengan sistem elektronik seperti empat mod tunggangan (rain, street, sport dan track), motorcycle traction control (MTC), ABS, panel paparan TFT serta lampu LED.

 

 

Untuk pasaran Amerika Syarikat, jentera ini dijual pada harga USD11,699 (RM50,921) dan dilaporkan dijangka berada di pasaran US pada bulan Jun, seandainya masalah pandemik dunia selesai. Manakala untuk pasaran Malaysia belum dapat lagi kepastian daripada pihak KTM Malaysia.

 

Spesifikasi:

Jenis enjin: kembar selari, 4 lejang, DOHC

Kapasiti enjin: 890 cc

Bore/Stroke: 90.7/68.8 mm

Penghidup: Electrik; 12V 10Ah

Transmisi: 6 gear

Sistem bahan api: DKK Dell’Orto, 46 mm Throttle Body

Sistem penyejuk: Penyejukan Cecair dengan Penukar Haba Air / Minyak

Clutch: PASC (Power Assisted Slipper Clutch), beroperasi secara mekanikal

Pencucuhan: Bosch EMS with Ride-By-Wire

Kerangka: Keluli tiub CroMoly, Engine as Stressed Member

Kerangka dalaman: aluminum ditempa

Handlebar:  Aluminum, Tapered, Ø 26/22 mm

Suspensi depan: WP APEX USD Ø 43 mm

Suspensi belakang: WP APEX Monoshock

Brek depan /belakang: Disc Brake 320 mm/240 mm

Roda depan / belakang: 3.50 x 17”, 5.50 x 17”

Tayar depan / belakang: 120/70ZR17”; 180/55ZR17”

Ketinggian tempat dudukt: 834 mm / 32.8 in

Kapasiti tangki: 14 L / 3.7 gal

Berat (tanpa bahan api): 166 kg

 

ktm 2

 

Penulis: 

Hamimah Hamid & Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Model Terbaharu
KTM 890 SMT adalah Supermoto Tourer yang menawarkan prestasi dan pengendalian supermoto dengan…
Model Terbaharu
Pengenalan KTM 1390 Super Duke R 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-30 nama Duke, di mana super…