KTM RC 8C - jentera kegunaan litar, 128 hp!

oleh Mohamad Hanif|
KTM baru-baru ini melancarkan sports bike terbaharu yang dikhususkan untuk kegunaan dalam litar, KTM RC 8C 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, sebelum anda bermimpi untuk tempoh yang lama, harus diingat hanya  100 unit sahaja yang akan diproduksikan untuk pasaran global.

 


KTM RC 8C didatangkan dengan enjin parallel-twin bersesaran 890 cc yang diperoleh daripada KTM 890 Duke R, namun dengan talaan bagi menghamburkan kuasa setinggi 128 hp.

Dengan casis yang diinpsirasikan daripada jentera perlumbaan Moto2, KTM RC 8C memiliki berat kering sekitar 140 kg, serta nisbah kuasa/berat hampir 1:1.

 


KTM RC 8C juga turut didatangkan dengan kelengkapan perlumbaan seperti sistem suspensi WP Suspension Pro, brek Brembo Stylema, kerja badan yang diperbuat daripada bahan GRP diperkukuh Kevlar karbon dan penambahan winglet hadapan yang agak garang itu.

Selain daripada itu, KTM RC 8C ini turut dilengkapi sistem ekzos perlumbaan Akrapovic dengan peredam titanium, kotak udara dan penapis udara spesifikasi perlumbaan.

 


Pengendalian jentera dalam litar dibantu oleh roda ringan Dymag yang dibaluti tayar slick Pirelli SC1, manakala paparan data penting pula boleh dilihat menerusi skrin TFT bersaiz 5 inci yang menyokong fungsi GPS serta data logger AIM MXS 1.2 RACE.

Pembeli KTM RC 8C bakal mendapat pakej trek perlumbaan yang merangkumi set tambahan roda Dymag, set tambahan cakera brek depan dan belakang, paddock stands depan dan belakang, set pemanas tayar dan karpet KTM Race.

 


Namun, hanya 25 pembeli terpilih sahaja berpeluang untuk menikmati hari litar eksklusif di litar Jerez, Sepanyol selain menerima tunjuk ajar secara terus daripada penunggang professional KTM, Dani Pedrosa dan Mika Kallio.