KTM sasar pasaran ASEAN - buka kilang di Philipines

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Syarikat motosikal KTM nampaknya menurut jejak langkah Harley-Davidson yang mahu mensasarkan pasaran Asean.

Terdahulu, Harley-Davidson telah mengumumkan bahawa ia akan membuka kilang pemasangan di Thailand. Sebelum itu, Triumph, Ducati dan Kawasaki sudah lama membuka kilang pemasangan di sana.

Pasaran Asean yang besar dan kadar cukai yang lebih rendah jika pemasangan dilakukan di dalam negara Asean sendiri (AFTA) adalah antara sebab kenapa syarikat motosikal dunia bergegas ke sini.

KTM Plant

 

KTM dilaporkan akan membuka syarikat KTM Asia Motorcycle Manufacturing (KAMM), sebuah gabungan korporat bersama Adventure Cycle Philippines.

KAMM akan membina sebuah kilang pemasangan motosikal dengan jumlah keluaran sebanyak 10,000 unit setahun, tetapi pada permulaannya jumlah pengeluaran dihadkan ke 6,000 unit.

Empat jenis model akan dipasang di sana - KTM 200 Duke, KTM 390 Duke, KTM RC200 dan KTM RC390.

KTM RC200

KTM juga akan membuka 30 pengedar baharu di sekitar Asean dalam tahun ini.

Sebenarnya, KTM telah pun memasang model-model tersebut di Malaysia sejak tahun 2015.

Namun begitu, nampaknya KTM telah keluar dari Malaysia dan menukarkan fokus perkilangan mereka di Philippines.

Padanlah KTM Malaysia diam membisu tahun ini.

KTM Duke 200


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Model Terbaharu
KTM 890 SMT adalah Supermoto Tourer yang menawarkan prestasi dan pengendalian supermoto dengan…
Model Terbaharu
Pengenalan KTM 1390 Super Duke R 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-30 nama Duke, di mana super…