KTM X-Bow GT-XR - enjin inline-5 Audi, 500 hp, 581 Nm, 100 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar motosikal KTM baru-baru ini tampil dengan sebuah model baharu yang merangkap varian jalanan paling terunggul untuk model X-Bow, dinamakan sebagai X-Bow GT-XR.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rupa luaran X-Bow GT-XR ini banyak membawakan persamaan dengan jentera lumba GTX dan GT2 yang dibina oleh syarikat Austria itu.

Disebalik rupa paras yang agresif itu, GT-XR ini menggunakan binaan casis monocoque gentian karbon serta rangka keluli tiub berkekuatan tinggi yang menyumbang kepada berat keseluruhan jentera sekitar 1,130 kg sahaja.
 

X-Bow


Tidak seperti model X-Bow yang lain, varian GT-XR ini tampil dengan penawaran enjin yang unik - nadi lima silinder sebaris 2.5 liter turbo yang diperoleh daripada Audi dengan output kuasa 500 hp @ 6,350 rpm dan daya kilas 581 Nm @ 5,550 rpm.

Kuasa itu disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan dan limited-slip differential.

X-Bow GT-XR ini mampu memecut sepantas 3.4 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 280 km/j.
 

X-bow


Menurut KTM, biarpun fokus ditumpukan kepada prestasi di dalam litar, GT-XR ini dikatakan sangat sesuai untuk kegunaan seharian, terima kasih kepada tangki bahan api sebesar 96 liter, roda stereng bantuan elektrik dan opsyen sistem angkat hidraulik 3.5 inci.

Selain daripada komponen aerodinamik yang jelas kelihatan seperti sayap belakang yang besar, diffuser belakang, serta splitter depan, X-Bow GT-XR juga turut menampilkan seksyen lantai yang direka untuk memaksimumkan kesan bumi (ground effect).

Sistem brek terdiri daripada angkup monoblok lapan omboh dengan rotor keluli, serta opsyen untuk naiktaraf kepada cakera seramik. Sementara suspensi jentera ini disumberkan daripada Sachs.
 

X-bow


Kelengkapan yang dimuatkan dalam ruang kabin termasuklah roda stereng gentian karbon yang boleh ditanggalkan, skrin kluster digital pada roda stereng, kotak pedal boleh laras, sistem audio Bluetooth, pencahayaan LED, pendingin hawa, serta opsyen sistem kamera pandang belakang.

Sebanyak 100 unit sahaja X-Bow GT-XR yang akan diproduksikan dengan harga jualan bermula dari €284,900 (RM1,186,141).

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Model Terbaharu
KTM 890 SMT adalah Supermoto Tourer yang menawarkan prestasi dan pengendalian supermoto dengan…
Model Terbaharu
Pengenalan KTM 1390 Super Duke R 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-30 nama Duke, di mana super…