Dalam tempoh peralihan sehingga akhir tahun ini, kaunter-kaunter tiket masih menerima transaksi tunai.
KTMB akan membuat pemakluman notis dan video melalui media sosial rasmi serta edaran bahan promosi di stesen.
Stesen-stesen KTMB terutamanya di Lembah Klang dan Utara kini telah dilengkapi dengan mesin kios bagi pembelian tiket komuter dan kereta api elektrik (ETS).
Stesen-stesen utama di Pantai Timur juga mempunyai mesin kios untuk membuat pembelian tiket Ekspres Rakyat Timuran dan Shuttle Timuran.
“Bagi stesen di sektor Selatan selain dari Stesen Johor Bahru Sentral dan Kempas Baru, mesin kios hanya akan beroperasi setelah Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru siap sepenuhnya.
"Para pengguna masih boleh membuat pembelian tiket melalui medium sedia ada seperti KITS atau laman sesawang https://www.ktmb.com.my,” ujarnya.