“Insiden ini berlaku akibat pokok tumbang yang menyebabkan alat talian atas putus dan telah menjejaskan perkhidmatan KTM Komuter laluan Pulau Sebang–Batu Caves–Pulau Sebang.
“Perkhidmatan bas perantara telah disediakan bagi laluan yang terjejas.
“Sebagai langkah keselamatan, penumpang yang berada di dalam KTM Komuter No. 2034 turun dari tren secara terkawal dan dibantu oleh Polis Bantuan serta kakitangan KTMB yang bertugas,” jelas kenyataan itu.
Sebelum ini, rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok menunjukkan beberapa penumpang terpaksa meredah kawasan semak dan hutan untuk sampai ke destinasi masing-masing.
Menerusi kapsyen video tersebut, pengguna berkenaan mendakwa tren mengalami kelewatan selama tiga jam dan situasi itu memaksa mereka menjalani pengalaman seperti ‘jungle trekking’.
Susulan itu, tindakan penumpang berjalan kaki meredah kawasan semak mendapat perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.