KTMB mula jual tiket balik raya

oleh SALINA JALIL|
Hampir sejuta tiket mula dijual Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sejak Khamis bagi perjalanan membabitkan seluruh rangkaian perkhidmatannya sempena Aidil Fitri nanti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Strategik Komunikasi KTMB, Ahmad Asri Khalbi, berkata jualan tiket itu membabitkan perkhidmatan KTM Antara Bandar dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi perjalanan bermula 1 April sehingga 31 Mei tahun ini.

 

Beliau berkata, sebanyak 141,032 tiket KTM Antara Bandar ditawarkan bagi perjalanan membabitkan Tumpat, Gemas dan Johor Bahru, manakala 798,368 tiket ditawarkan bagi perkhidmatan ETS membabitkan laluan Gemas, Kuala Lumpur, Ipoh, Padang Besar dan Butterworth.



“Pembukaan jualan tiket terbabit dilakukan serentak di semua stesen pada 5 Mac. Jualannya dibuka awal kerana mengambil kira waktu cuti sekolah yang jatuh pada musim perayaan tersebut.

“Pelanggan dinasihatkan supaya membeli tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang murah di samping dapat membuat pilihan tempat duduk,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.



KTMB menyediakan sebanyak 49 perjalanan KTM Antara Bandar dan 40 perjalanan ETS setiap hari.



Sementara itu, Ahmad Asri berkata, untuk mendapatkan tiket dengan lebih mudah dan cepat, penumpang disyorkan untuk menempah tiket secara dalam talian menerusi aplikasi MobTicket.



Beliau berkata, pelanggan boleh melayari laman sesawang rasmi KTMB www.ktmb.com.my atau menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-22671200 untuk maklumat lanjut.

 

 

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
  Perjalanan Tren ELA adalah pada 27 Jun yang mana laluan KL Sentral ke Tumpat dijadual berlepas…
Informasi
  Selain itu, KTMB turut menawarkan dua perkhidmatan ETS tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang…
Informasi
  Dua pengusaha feri - Labuan Mainland Link Sdn Bhd (LML) dan Juta Bonus Sdn Bhd- telah menjual…